Karnival KPTN akan memasuki edisi ke 14 pada tahun 2019 ini dan program karnival adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Tujuan penganjuran adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai terutama para pelajar dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Malaysia (ILKA).
Manfaat Hadir Ke Karnival Jom Masuk IPT
- Mendapat maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
- Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar
- Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
- Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
- Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakit IPT
- Memperoleh maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
- Membuat perbandingan diantara satu institusi dengan institusi pengajian yang lain
- Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa Karnival KPTN nanti